E-Book
adalah alat baru yang diperkenalkan oleh
MATRADE pada tahun 2013 yang disasarkan
kepada pembeli asing dan pejabat MATRADE di
luar negara. Semua direktori yang diterbitkan oleh
MATRADE boleh didapati dalam format
E-Book
dan
pengguna boleh melihat dan memuat turun
E-Book
pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Trade Leads,
himpunan mingguan pertanyaan
import daripada pembeli luar negara yang mencari
produk atau perkhidmatan Malaysia, disebarkan
kepada semua ahli yang berdaftar dengan
MATRADE melalui e-mel. Ia juga disediakan dalam
portal
MyExport
.
Makalah suku tahun,
BIC Insight
memberikan
maklumat terkini mengenai BIC kepada semua ahli
yang berdaftar dengan MATRADE melalui e-mel.
Maklumat ini termasuk laporan pasaran, maklumat
negara, direktori, statistik, tarif, pangkalan data
dalam talian dan laman web yang berguna.
Penerbitan Elektronik
FTA Focal Point
MATRADE meneruskan usaha untuk meningkatkan
kesedaran komuniti perniagaan Malaysia,
khususnya pengeksport PKS, mengenai manfaat
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Salah
satu pendekatan telah dilakukan melalui FTA @
INTRADE 2013 semasa INTRADE Malaysia 2013
yang diadakan di Kuala Lumpur. Pelawat ke kios
maklumat MATRADE FTA telah diberi taklimat
mengenai peluang yang ada di bawah setiap
Perjanjian Perdagangan Bebas yang Malaysia
tandatangani dan bagaimana komuniti perniagaan
boleh mendapat manfaat dengan membina
hubungan ekonomi antara Malaysia dan negara-
negara rakan FTA.
BIC Digest
adalah makalah dwi tahunan yang
diedarkan kepada semua pegawai MATRADE melalui
e-mel. Ia termasuk aktiviti BIC, statistik pengguna dan
pelawat serta senarai direktori, risalah dan majalah
yang diterbitkan.
Business Information Dissemination Service
(BIDS)
adalah penerbitan dwi mingguan yang
memberikan maklumat mengenai sumber-sumber
terkini dan artikel topik-topik tertentu yang terdapat di
BIC.
MATRADE
Online News
adalah e-berita yang
diedarkan kepada semua ahli MATRADE setiap
dua minggu sekali. E-berita ini memberi maklumat
mengenai acara perdagangan anjuran MATRADE,
maklumat terkini tentang peraturan-peraturan
perdagangan di luar negara, maklumat pasaran dan
peluang-peluang perdagangan di pasaran global.
Sebanyak 24 isu telah diterbit dan diedarkan oleh
MATRADE pada tahun 2013.
MATRADE seringkali menerima pertanyaan dalam talian melalui
. Pada tahun 2013,
sebanyak 4,641 pertanyaan perdagangan telah diterima dan diproses sewajarnya. Majoriti pertanyaan
ini adalah berkenaan produk dan perkhidmatan khusus dari Malaysia yang diterima dari pembeli asing.
Pertanyaan ini telah disebarkan secepat mungkin kepada pengeksport dan pembekal perkhidmatan
yang disenaraikan dalam Direktori Pengeksport Malaysia (MER). Permintaan daripada syarikat-syarikat
Malaysia pula termasuk senarai acara perdagangan di luar negara dan tempatan, maklumat mengenai
Geran Pembangunan Pasaran (MDG) dan maklumat mengenai pemudahan eksport seperti tarif, duti,
kaedah & peraturan, dokumentasi eksport, proses dan prosedur.
MER adalah pangkalan data yang dibangunkan oleh MATRADE untuk membantu syarikat-syarikat
Malaysia, khususnya PKS demi memupuk hubungan perniagaan eksport mereka. Ia juga membolehkan
MATRADE untuk melibatkan diri dengan komuniti perniagaan melalui penyebaran maklumat,
pengetahuan dan pandangan mengenai isu-isu perdagangan, risikan pasaran, program promosi
perdagangan dan aktiviti pembangunan pengeksport. Pendaftaran adalah percuma.
Jumlah pendaftaran meningkat setiap tahun. Pada tahun 2013, sejumlah 2,039 syarikat telah berdaftar
dengan MATRADE dan menjadikan jumlah kumulatif kepada 12,671 syarikat.
Perkhidmatan Untuk Pembeli Luar
Negara dan Pengeksport Malaysia
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Pembangunan Pengeksport MATRADE
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
109
108
1...,90-91,92-93,94-95,96-97,98-99,100-101,102-103,104-105,106-107,108-109 112-113,114-115,116-117,118-119,120-121,122-123,124-125,126-127,128-129,130-131,...260