The Official Portal Of Malaysia External Trade Development Corporation
Malaysia Kekal Pertumbuhan Perdagangan bagi Dua Bulan Pertama Tahun 2024, Buka Jalan bagi Pemulihan Perdagangan
Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan trend positif pada Februari 2024, meningkat 3.3% kepada RM211.79 bilion tahun ke tahun. Eksport mengurang secara marginal sebanyak 0.8% kepada RM111.33 bilion manakala import meningkat 8.4% kepada RM100.46 bilion. Perdagangan mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun bagi dua bulan berturut-turut pada tahun ini dan merupakan nilai bulanan tertinggi dalam sejarah perdagangan Malaysia bagi bulan Februari. Lebihan dagangan bernilai RM10.87 bilion, dan merupakan lebihan dagangan yang ke-46 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
Prestasi perdagangan negara mengekalkan trend peningkatan untuk dua bulan pertama tahun 2024, dengan mencatatkan pertumbuhan 8.3% kepada RM446.43 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport meningkat 3.9% kepada RM233.74 bilion, disumbang oleh kenaikan tahun ke tahun eksport barangan perkilangan sebanyak 3.4% kepada RM196.75 bilion. Ini telah dipacu oleh peningkatan eksport bagi barangan besi dan keluli, jentera, kelengkapan dan peralatan serta keluaran petroleum. Sementara itu, import, meningkat 13.6% kepada RM212.69 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM21.04 bilion.
Berbanding Januari 2024, lebihan dagangan meningkat 6.9%.
Perdagangan global dijangka pulih pada tahun 2024. Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah mengunjurkan perdagangan barangan pada tahun 2024 tumbuh 3.3%, manakala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan perdagangan global berkembang sebanyak 3.3%. IMF juga menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dunia meningkat sebanyak 3.1%. Angkaangka ini akan disumbang oleh prospek pertumbuhan yang lebih baik bagi dua pasaran ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China yang merupakan rakan dagang utama Malaysia. Tinjauan global yang lebih baik ini juga disokong oleh perbelanjaan swasta dan awam yang lebih kukuh, serta peningkatan dalam penyertaan tenaga buruh, pemulihan rantaian bekalan serta harga bekalan tenaga dan komoditi yang lebih murah.
MITI dan agensinya, MATRADE terus optimis dan sentiasa memberi perhatian kepada risiko-risiko global, dan pada masa yang sama bertindak proaktif mencari peluang eksport di pasaran-pasaran sedia ada dan baharu, seperti yang telah digariskan di dalam Rangka Tindakan Perdagangan Nasional. Seterusnya, berpandukan kepada Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,MITI juga menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi, yang akan meningkatkan nilai eksport pembuatan dan perkhidmatan Malaysia di masa hadapan.
MITI secara aktif menggalakkan pengeksport Malaysia untuk memanfaatkan faedahfaedah di bawah 16 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) (7 FTA dua hala dan 9 FTA serantau) yang telah ditandatangani dan dalam pelaksanaan, termasuk dua FTA utama iaitu Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Butiran lanjut mengenai Prestasi Perdagangan Malaysia bulan Februari 2024 dan Januari hingga Februari 2024 boleh didapati di Lampiran di bawah, yang perlu dibaca bersama dengan Nota yang mengiringi laporan ini.
Pada Februari 2024, eksport barangan perkilangan yang merangkumi 83.6% daripada jumlah eksport menyusut 2.4% tahun ke tahun kepada RM93.08 bilion. Pengurangan ini disebabkan terutamanya oleh penurunan eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E), keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia. Sementara itu, pengembangan eksport dicatatkan bagi barangan besi dan keluli, jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan kertas dan palpa serta barangan makanan diproses.
Eksport hasil galian (9.7% syer) kembali meningkat dengan pertumbuhan dua digit sebanyak 16.8% kepada RM10.74 bilion disokong oleh eksport yang kukuh bagi gas asli cecair (LNG), petroleum mentah serta petroleum kondensat dan minyak petroleum lain.
Eksport keluaran pertanian (6.1% syer) berjumlah RM6.81 bilion, mengurang 4.8% berbanding Februari 2023 disebabkan oleh penurunan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit berikutan penyusutan harga eksport.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, eksport hasil galian merekodkan pertumbuhan dua digit 10.5% manakala eksport barangan perkilangan dan keluaran pertanian masing-masing mengurang sebanyak 10.2% dan 17.2%.
Prestasi eksport barangan perkilangan mengekalkan trend positif pada tempoh Januari hingga Februari 2024, meningkat 3.4% kepada RM196.75 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Ini dipacu oleh kenaikan eksport barangan besi dan keluli, jentera, kelengkapan dan peralatan serta keluaran petroleum. Eksport hasil galian naik sebanyak 5.4% kepada RM20.47 bilion disumbangkan oleh kenaikan eksport petroleum mentah dan LNG. Eksport keluaran pertanian bertambah 6.1% kepada RM15.03 bilion berikutan eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.
Pada Februari 2024, perdagangan dengan ASEAN merangkumi 26.4% daripada jumlah perdagangan Malaysia, menyusut secara marginal sebanyak 0.4% tahun ke tahun kepada RM55.89 bilion. Eksport ke ASEAN jatuh 5.2% kepada RM31.94 bilion disebabkan terutamanya oleh pengurangan eksport barangan E&E. Walau bagaimanapun, peningkatan eksport direkodkan bagi jentera, kelengkapan dan peralatan, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta barangan besi dan keluli. Import dari ASEAN meningkat 6.7% kepada RM23.96 bilion.
|
|
Singapura | RM15.66 bilion, mengurang 15.3%, tahun ke tahun; |
|
|
Viet Nam | RM4.65 bilion, ↑51.9%; |
|
|
Indonesia | RM4.26 bilion, ↑10.7%; |
|
|
Thailand | RM4.05 bilion, ↓19.9%; |
|
|
Filipina | RM2.01 bilion, ↓3.2%; |
|
|
Brunei | RM638.9 juta, ↑18.3%; |
|
|
Kemboja | RM402.8 juta, ↑79.9%; |
|
|
Myanmar | RM258.7 juta, ↓33.9%; dan |
| Lao PDR | RM3.8 juta, ↓47.7%. |
Eksport ke pasaran utama ASEAN yang merekodkan pertumbuhan ialah Viet Nam, meningkat sebanyak RM1.59 bilion disebabkan eksport yang kukuh bagi barangan E&E dan Indonesia, naik sebanyak RM412.9 juta disokong oleh kenaikan eksport keluaran petroleum.
Berbanding Januari 2024, perdagangan, eksport dan import masing-masing mengurang sebanyak 13.8%, 14.4% dan 13%.
Bagi tempoh Januari hingga Februari 2024, perdagangan dengan ASEAN naik 8.4% kepada RM120.75 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport ke rantau ini meningkat 2.2% kepada RM69.26 bilion berikutan eksport yang kukuh bagi keluaran petroleum serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Import dari ASEAN bertambah 18.1% kepada RM51.49 bilion.
Pada Februari 2024, perdagangan dengan China yang mewakili 15.9% daripada jumlah perdagangan Malaysia merekodkan pengurangan marginal 0.1% tahun ke tahun kepada RM33.77 bilion. Eksport ke China turut menyusut secara marginal sebanyak 0.4% kepada RM14.3 bilion berikutan penurunan eksport barangan E&E. Meskipun mencatatkan pengurangan, peningkatan eksport telah direkodkan bagi LNG, barangan kertas dan palpa serta barangan perkilangan logam. Import dari China meningkat 0.1% kepada RM19.47 bilion.
Berbanding Januari 2024, eksport bertambah sebanyak 3.1% manakala perdagangan dan import masing-masing jatuh sebanyak 14.6% dan 24.2%.
Perdagangan dengan China pada tempoh Januari hingga Februari 2024 mengembang 3.6% kepada RM73.33 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport menyusut 4% kepada RM28.17 bilion berikutan pengurangan eksport barangan E&E manakala peningkatan eksport direkodkan bagi keluaran petroleum, barangan kertas dan palpa serta barangan perkilangan logam. Import dari China meningkat 8.9% kepada RM45.17 bilion.
Perdagangan dengan AS pada Februari 2024 yang merangkumi 10% daripada jumlah perdagangan Malaysia mengembang 12.5% tahun ke tahun kepada RM21.24 bilion. Eksport ke AS mencatatkan pertumbuhan dua digit 10.1% kepada RM13.58 bilion, disokong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan optik dan saintifik. Import dari AS meningkat 17% kepada RM7.67 bilion.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, eksport bertambah 0.8%, manakala perdagangan dan import masing-masing menyusut 3.9% dan 11.2%.
Bagi tempoh Januari hingga Februari 2024, perdagangan dengan AS meningkat 15.3% kepada RM43.35 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport merekodkan pertumbuhan dua digit 11% kepada RM27.05 bilion, disokong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E. Import dari AS meningkat sebanyak 23.3% kepada RM16.3 bilion.
Pada Februari 2024, perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) yang merangkumi 7.7% daripada jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan peningkatan bagi bulan kedua, naik 3.8% tahun ke tahun kepada RM16.28 bilion. Eksport ke EU jatuh 1.7% kepada RM8.8 bilion berikutan penyusutan eksport keluaran petroleum, barangan perkilangan logam serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Walau bagaimanapun, peningkatan eksport telah direkodkan bagi barangan besi dan keluli, barangan perkilangan berasaskan minyak sawit serta barangan E&E. Import dari EU naik 11% kepada RM7.48 bilion.
Pecahan eksport ke 10 pasaran utama EU yang mewakili 92.7% daripada jumlah eksport Malaysia ke rantau ini adalah:
| Jerman | RM2.55 bilion, meningkat 3.0%, tahun ke tahun; | |
| Belanda | RM2.44 bilion, ↓4.4%; | |
|
|
Belgium |
RM742.8 juta, ↑13.6%; |
|
|
Sepanyol |
RM596.3 juta, ↑63.2%; |
|
|
Itali |
RM528.4 juta, ↓15.0%; |
|
|
Perancis |
RM447.6 juta, ↓24.6%; |
|
|
Hungary |
RM285.0 juta, ↑108.3%; |
|
|
Poland |
RM260.2 juta, ↑12.2%; |
| Republik Czech | RM194.5 juta, ↓37.1%; dan | |
| Sweden | RM117.5 juta, ↓1.2%. |
Eksport ke pasaran utama EU yang mencatatkan pertumbuhan adalah Jerman dan Belgium yang masing-masing meningkat sebanyak RM74.3 juta dan RM89 juta, disokong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E. Sementara itu, eksport ke Sepanyol meningkat sebanyak RM230.9 juta disebabkan oleh kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.
Berbanding Januari 2024, perdagangan, eksport dan import masing-masing mengurang sebanyak 8.9%, 11.5% dan 5.6%.
Pada dua bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan EU naik 4.6% kepada RM34.15 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport meningkat 2.4% tahun ke tahun kepada RM18.75 bilion berikutan eksport yang kukuh bagi eksport barangan E&E, barangan perkilangan berasaskan minyak sawit serta keluaran getah.
Import dari EU mengembang sebanyak 7.4% kepada RM15.4 bilion.
Pada Februari 2024, perdagangan dengan Jepun yang menyumbang 6.6% kepada jumlah perdagangan Malaysia mengembang sebanyak 6.2% tahun ke tahun kepada RM14.02 bilion. Eksport bertambah sebanyak 5.6% kepada RM7.6 bilion, disokong oleh kenaikan eksport LNG, petroleum mentah dan barangan makanan diproses. Import dari Jepun meningkat 6.9% kepada RM6.42 bilion.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan dan import masing-masing mengembang 0.6% dan 16.1%, manakala eksport menyusut 9.6%.
Bagi tempoh Januari hingga Februari 2024, perdagangan dengan Jepun meningkat 2.4% kepada RM27.96 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport naik 4.1% kepada RM16.02 bilion disumbangkan oleh eksport yang kukuh bagi petroleum mentah, barangan optik dan saintifik serta barangan makanan diproses. Import dari Jepun mengembang 0.3% kepada RM11.94 bilion.
Pada Februari 2024, perdagangan dengan rakan dagang FTA yang merangkumi 66% daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 1% tahun ke tahun kepada RM139.73 bilion. Eksport ke rakan dagang FTA menyusut sebanyak 2.8% kepada RM75.7 bilion dan import bertambah sebanyak 5.9% kepada RM64.03 bilion.
Meskipun jumlah eksport ke rakan dagang FTA menyusut, kenaikan eksport telah direkodkan ke Australia, yang meningkat 16.4% kepada RM3.86 bilion serta India, naik 26.8% kepada RM4.26 bilion masing-masing disokong oleh kenaikan eksport petroleum mentah. Sementara itu, eksport ke Kanada mengembang 35.8% kepada RM356.8 juta berikutan eksport yang kukuh bagi eksport barangan makanan diproses dan eksport ke Pakistan bertambah sebanyak 199.1% kepada RM552.3 juta berikutan kenaikan eksport keluaran petroleum.
Berbanding Januari 2024, perdagangan, eksport dan import masing-masing menyusut sebanyak 11%, 10% dan 12.1%.
Perdagangan dengan rakan dagang FTA pada tempoh dua bulan pertama tahun 2024 meningkat 6% kepada RM296.68 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport mengembang 1.2% kepada RM159.8 bilion dan import naik 12.3% kepada RM136.88 bilion.
Jumlah import pada Februari 2024 naik 8.4% tahun ke tahun kepada RM100.46 bilion. Tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang merangkumi 74.1% daripada jumlah keseluruhan import adalah:
Berbanding Januari 2024, import barangan pengantara, barangan modal dan barangan penggunaan masing-masing mengurang sebanyak 5.1%, 25.2% dan 18.4%.
Pada tempoh Januari hingga Februari 2024, import mengembang sebanyak 13.6% kepada RM212.69 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Import barangan pengantara meningkat 17.8% kepada RM114.55 bilion, barangan modal (↑36.5% kepada RM23.93 bilion) dan barangan penggunaan (↑22.7% kepada RM18.76 bilion).