Kuasa membeli yang kian meningkat di kalangan pengguna
Rusia, peningkatan import bagi makanan diproses serta gaya
hidup yang semakin pantas di Moscow yang telah membawa
kepada pemilihan makanan segera adalah antara asas untuk
mengendalikan Misi Pemasaran Khusus Makanan Diproses yang
diadakan pada kali pertamanya di Moscow. Misi, yang diadakan
sempena World Food Moscow menyaksikan penyertaan 16
wakil daripada 11 syarikat dibawah Pavilion Malaysia. Pameran
perdagangan yang utama di Rusia ini telah memuatkan seramai
2,209 peserta pameran, termasuk 575 dari luar negara.
Pempamer dari Malaysia telah mengadakan156 pertemuan
perniagaan yang telah menghasilkan jualan bernilai RM5.22
juta, kebanyakannya untuk mee organik, bijirin sedia dimakan,
konfeksi, minuman pra-campuran, jus buah-buahan, buah-
buahan kering dan kacang. Ahli delegasi juga dibawa melawat
ke pasar raya besar dan kedai makanan untuk mengetahui
secara langsung mengenai industri makanan Rusia dan
operasinya.
Misi Pemasaran
Khusus Makanan
Diproses ke Moscow
MOSBUILD
2013, Moscow
Kehadiran pengeksport Malaysia di
MOSBUILD, pameran terbesar hiasan
dalaman dan pembinaan di Eropah
Timur yang menempatkan lebih
daripada 2,300 organisasi bertujuan
meneroka pasaran bahan binaan yang
lumayan di rantau ini. Peserta pameran
Malaysia telah memperolehi jualan
bernilai RM76.57 juta. Antara produk
yang diperolehi adalah
rubber coloured
sports granules
, tangki air dan lampu
hiasan untuk hotel dan rumah.
Rusia
Tumpuan Promosi Eksport
094
LAPORAN TAHUNAN 2013
095
Kejayaan Showcase Malaysia yang diadakan
di Mumbai dan Pune, masing-masing pada
tahun 2011 dan 2012 telah membawa kepada
penganjuran Showcase Malaysia di Chennai,
yang mensasarkan bandar peringkat kedua India.
Dengan perwakilan seramai 62 wakil daripada
28 syarikat dan agensi, pameran negara solo
ini berjaya menarik lebih 4,000 pengunjung dan
menjana RM29.5 juta dalam jualan dan projek
perkhidmatan bagi peluang pendidikan di Malaysia
serta perkhidmatan pembersihan industri. Antara
produk utama yang mendapat perhatian adalah
konfeksi, pelincir, farmaseutikal dan telekomunikasi.
Showcase
Malaysia di
Chennai
Showcase
Malaysia di
Karachi
Diadakan buat kali pertamanya, Showcase Malaysia
di Karachi bertujuan untuk memperluaskan rangkaian
eksport Malaysia ke Pakistan. Seramai 54 daripada 31
syarikat dan agensi mempamerkan produk dari pelbagai
kelompok termasuk alat ganti dan komponen automotif,
makanan dan minuman, bahan kimia dan plastik, elektrik
& elektronik dan gaya hidup. Sektor perkhidmatan
Malaysia turut dipromosikan semasa acara tersebut.
Promosi melalui acara ini telah berjaya meningkatkan
perniagaan antara Malaysia dan Pakistan, dimana
sejumlah 2,386 hubungan perniagaan telah dijalin dan
jualan sebanyak RM44.05 juta telah dijanakan.
India
Pakistan