INTRADE, pameran antarabangsa
tahunan yang dianjurkan oleh MATRADE
sejak tahun 2007 telah berkembang
untuk menjadi platform yang ideal bagi
perniagaan antarabangsa.
Ucapan Aluan oleh Pengerusi
MATRADE, YB Dato’ Noraini Ahmad
INTRADE
ke-7
2013
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Promosi Eksport
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
057
056
Di INTRADE 2013, lebih RM235.8 juta
jualan telah dijana oleh pempamer
Malaysia. Disamping itu, Misi Belian
yang dianjurkan bersempena pameran
ini telah berjaya menarik penyertaan
502 pembeli dari luar negara dengan
sebanyak 6,024 pertemuan perniagaan
dengan 588 syarikat Malaysia. Jualan
bernilai RM1.2 bilion telah dijana semasa
sesi perniagaan ini.
Dua acara serentak telah diadakan sempena
INTRADE 2013. Forum Perdagangan
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLITF) mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada lebih
700 peserta tempatan dan luar negara. Tema
KLITF 2013,
Beyond Borders
menekankan
isu-isu semasa dan trend masa depan
dalam menjalankan perniagaan di arena
antarabangsa. Satu lagi acara ialah
FTA @
INTRADE
yang memberikan maklumat kepada
pengunjung tentang bagaimana Perjanjian
Perdagangan Bebas (FTA) boleh dimanfaatkan
untuk eksport ke luar negara.
>> YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri melancarkan buku,
“From Zero To Hero” semasa INTRADE 2013.
>>Forum Perdagangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLITF) 2013
>>Mendapatkan maklumat di
gerai pameran
FTA
semasa
INTRADE 2013