Sinonim dengan promosi eksport sektor perkhidmatan negara adalah
Pameran Perkhidmatan Malaysia atau MSE. Mula diadakan pada tahun
2008 dan diadakan untuk empat tahun berturut-turut di negara Emiriah
Arab Bersatu, yang merupakan pintu masuk ke negara-negara yang
pesat membangun di bawah Majils Kerjasama Teluk (GCC) dan rantau
Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), MSE telah berjaya menimbulkan
kesedaran mengenai keupayaan dan kepakaran Malaysia dalam pelbagai
sektor perkhidmatan. Pameran yang diadakan ini telah berjaya memperolehi
pelbagai projek dan usahasama untuk pembekal perkhidmatan Malaysia di
Emiriah Arab Bersatu serta di rantau sekitarnya.
MSE kini telah berkembang dan pada tahun 2013, MSE telah diadakan di
dua belas negara iaitu di Qatar, Algeria, Kazakhstan, Kemboja, Myanmar,
Tatarstan, Republik Rakyat China, Iraq, Chile, Brazil, Indonesia dan New
Zealand. Hasil daripada pameran ini, yang mempromosikan pelbagai
kelompok perkhidmatan dan produk berkaitan adalah amat ketara. Para
peserta MSE pada tahun 2013 telah melaporkan jualan berjumlah RM1.68
bilion bagi projek yang dikenalpasti serta bagi produk berkaitan dengan
perkhidmatan yang dipromosikan.
Pameran Perkhidmatan
Malaysia (MSE)
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Promosi Eksport
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
067
066
MSE Doha telah berjaya memperolehi projek bernilai RM322
juta melalui penyertaan 32 pembekal perkhidmatan. Antara
projek dan produk yang berkaitan yang dirundingkan semasa
pameran adalah reka bentuk & fabrikasi struktur keluli,
perkhidmatan penyelenggaraan minyak & gas, perisian
pengurusan projek, pengurusan hotel & resort, perisian,
latihan, ujian tanah, bekalan lampu LED untuk industri serta
bahan perancah dan produk kalis air.
MSE Doha
MSE Algiers
MSE Astana
Diadakan buat kali pertama di Algeria, MSE
Algiers berakhir dengan kejayaan dimana
jualan dan projek bernilai RM182.3 juta telah
tercapai. Diantara projek tersebut adalah
pemasangan ladang solar, kilang hibrid solar,
solar PV bagi sekolah-sekolah dan industri
kecil di kampung kampung; bekalan dan
pemasangan sistem solar di bumbung masjid,
bekalan dan pemasangan pemeteran pintar;
kemudahan ujian untuk peralatan solar,
program latihan PV solar di Algeria, bekalan
peralatan telekomunikasi & rangkaian serta
menyediakan internet dan lain-lain perkhidmatan
telekomunikasi, perkhidmatan pembaikan &
penyelenggaraan kuasa “transformers” dan
bekalan lampu amaran penerbangan solar LED.
Lebih RM128 juta projek telah direkodkan semasa
pameran MSE di Kazakhstan. Antara projek yang
dirundingkan adalah sistem pembayaran dan sistem
pengurusan kad; perundingan & latihan mengenai
francais Malaysia dan perlesenan, sistem pendidikan
awal kanak-kanak, seni bina & kejuruteraan, kreatif
media, logistik, pengurusan kargo udara serta sistem
letak kereta pintar. Perbincangan telah juga diadakan
semasa pameran berlangsung mengenai jualan sistem
lampu, pengimportan produk halal ke Kazakhstan dan
penubuhan cawangan francais baru.
1...,48-49,50-51,52-53,54-55,56-57,58-59,60-61,62-63,64-65,66-67 70-71,72-73,74-75,76-77,78-79,80-81,82-83,84-85,86-87,88-89,...260