Menjana Hasil melalui Fokus
kepada Eksport Perkhidmatan
Teras Malaysia bagi mengeksport sektor perkhidmatan bermula hampir
sepuluh tahun yang lalu dengan kesedaran bahawa sebagai sebuah
negara membangun, Malaysia tidak mampu untuk bergantung hanya
kepada eksport barangan dan komoditi. Pada masa itu, eksport sektor
perkhidmatan dunia telah berkembang pada kadar yang pesat dan
sektor ini dilihat sebagai sumber penjanaan pendapatan eksport.
Sektor perkhidmatan dijangka akan terus menjadi pemangkin
pertumbuhan eksport Malaysia. Di bawah Program Transformasi
Ekonomi Malaysia, sektor perkhidmatan dijangka menyumbang
65% daripada KDNK Malaysia. Pada tahun 2013, eksport sektor
perkhidmatan meningkat sebanyak 7.2% kepada RM125.5 bilion dari
RM117 bilion pada 2012.
1...,46-47,48-49,50-51,52-53,54-55,56-57,58-59,60-61,62-63,64-65 68-69,70-71,72-73,74-75,76-77,78-79,80-81,82-83,84-85,86-87,...260