MIHAS atau Pameran Halal Antarabangsa
Malaysia, acara utama bagi promosi
industri halal Malaysia dan sumber global
untuk produk dan perkhidmatan halal,
memasuki tahun ke-10 pada tahun 2013.
Pameran perdagangan ini disertai oleh
457 peserta dari 29 negara dan menjana
jualan sebanyak RM798.73 juta. Pameran
ini telah menarik 18,223 pelawat dari 65
negara dalam tempoh 4 hari pameran ini
diadakan.
MIHAS
ke-10
2013
>>MIHAS merupakan platform terbaik bagi
pengeluar, pembekal dan pengedar produk
dan perkhidmatan halal dari seluruh dunia
untuk berkumpul, bertemu, menjalin hubungan
perniagaan dan meluaskan perdagangan
dengan pihak berkepentingan dalam industri
halal.
>>MIHAS 2013 telah dirasmikan oleh
YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed pada 3 April
2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
>>Diantara produk-produk utama yang
diperolehi oleh pengimport semasa
sesi pertemuan perniagaan adalah
makanan diproses, minuman, produk
minyak sawit, hasil pertanian, produk
farmaseutikal, dandanan diri dan produk
kosmetik.
Bersempena dengan MIHAS 2013, MATRADE
telah menganjurkan Misi Belian bagi membantu
PKS Malaysia mewujudkan kerjasama
perniagaan baru dengan pembeli dari luar
negara. Program ini menarik 503 pembeli dari
54 negara. Dari 3,720 pertemuan perniagaan
yang diaturkan diantara pembeli tersebut
dengan 444 syarikat Malaysia, jualan bernilai
RM411.32 juta telah dijana.
>>Gerai pameran
semasa MIHAS 2013