>>Pembeli dari luar negara di INTRADE
>>Salah satu kelompok yang
dipaparkan semasa INTRADE adalah
Sokongan Pembuatan
PKS Memperolehi
Keuntungan Lumayan
melalui INTRADE
Sejak INTRADE mula diadakan pada tahun 2007, ramai
usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Malaysia telah memperolehi manfaat daripada Misi Belian
yang diadakan, di samping penyertaan didalam pameran
perdagangan ini.
PKS tidak perlu ke luar negara untuk menjual produk mereka
memandangkan pembeli dari seluruh dunia telah berada di
INTRADE. Memandangkan sesi pertemuan perniagaan telah
diatur terlebih dahulu, PKS dapat berbincang dan berunding
dengan pembeli asing mengenai keperluan pembeli secara
khusus. Ramai usahawan PKS memulakan perniagaan
eksport mereka di INTRADE manakala ramai lagi yang
turut berjaya memperluaskan pasaran mereka semasa sesi
pertemuan perniagaan.
Dengan tema
Revitalising Export
Growth
, INTRADE mempunyai empat
kelompok industri utama, di mana
produknya mewakili teras sebuah
ekonomi perindustrian dan mempunyai
pertumbuhan yang kukuh di pasaran
global iaitu Bahan Binaan, Elektrikal
& Elektronik dan ICT, Sokongan
Pembuatan dan Gaya Hidup.
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Promosi Eksport
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
059
058
>>YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed melawat salah satu
gerai pameran, diiringi oleh YBhg Datuk Dr. Rebecca
Fatima Sta Maria, Ketua Setiausaha MITI
>>Semasa Misi Belian, produk yang diperolehi daripada
pengeksport Malaysia termasuk produk minyak sawit,
produk kayu, bahan binaan & perkakasan, jentera &
kelengkapan serta sarung tangan. Perkhidmatan yang
diperolehi semasa acara tersebut pula termasuk ICT,
perbankan, kejuruteraan bersepadu, pembinaan jalan &
lebuhraya, perundingan perniagaan, hartanah dan sumber
manusia.