13th Tehran
International
Industrial
Exhibition
Iran mempunyai saiz pasaran 75 juta dan memandangkan
sekatan yang dikenakan ke atas negara ini oleh Amerika
Syarikat dan Kesatuan Eropah, Iran mencari rakan dagangan
dari negara-negara Timur. Tehran International Industrial
Exhibition merupakan platform yang ideal bagi golongan
profesional untuk memperolehi produk dan perkhidmatan
perindustrian untuk keperluan mereka dan pameran ini telah
dilawati oleh lebih 6,600 pengunjung. Kehadiran syarikat
Malaysia di pameran ini telah menjana jualan bernilai
RM138.12 juta bagi perkhidmatan pengangkutan air untuk
barangan dan penumpang. Disamping itu, jualan sebanyak
RM658.77 juta telah direkodkan bagi kontrak pengilangan
kelengkapan peribadi dan penjagaan diri, tiang konkrit,
kabel dan peralatan telekomunikasi, sistem pemantauan
keselamatan, lapisan pelekat dan sealant, konfeksi, coklat
dan supplemen kesihatan.
Iran
Tumpuan Promosi Eksport
090
LAPORAN TAHUNAN 2013
091
Showcase Malaysia di Phnom Penh, yang dianjurkan
sempena Ekspo Kemboja-Malaysia anjuran Dewan
Perniagaan & Industri Cina Malaysia menyaksikan penyertaan
30 syarikat tempatan, agensi-agensi kerajaan dan persatuan
industri dalam pameran ini. Pameran Perkhidmatan Malaysia
turut disertakan dalam program ini bagi mengetengahkan
keupayaan dan kepakaran Malaysia dalam sektor
perkhidmatan.
Jumlah jualan RM53.96 juta telah dicatatkan bagi sektor
produk dengan jualan seperti perkakas rumah dan aksesori,
bateri automotif, lampu LED,
frozen food
, gris dan pelincir.
Pembekal perkhidmatan pula berjaya merangkul tawaran
projek bernilai RM9.7 juta bagi perniagaan francais, animasi
3D dan perkhidmatan rendering serta perkhidmatan
pemasangan produk CCTV.
Showcase Malaysia
di Phnom Penh
Kemboja
Misi Belian Industri
Pertahanan Kemboja
Sepuluh wakil daripada pelbagai jabatan di
Kementerian Pertahanan Negara, Kerajaan Kemboja
menyertai Misi Belian industri pertahanan. Lawatan
mereka adalah susulan daripada Misi Pemasaran
Khusus Industri Pertahanan & Berkaitan ke Kemboja
yang dianjurkan pada tahun 2012. Program misi ini
yang meliputi lawatan ke pelbagai industri berkaitan
pertahanan termasuk HeiTech Padu Bhd, National
Aerospace & Defence Industries, DRB-HICOM dan
Boustead Heavy Industries Corp Bhd telah berjaya
menjana jualan dan projek yang amat membanggakan
bernilai RM669.58 juta.
1...,72-73,74-75,76-77,78-79,80-81,82-83,84-85,86-87,88-89,90-91 94-95,96-97,98-99,100-101,102-103,104-105,106-107,108-109,110-111,112-113,...260