Dengan Myanmar meneruskan reformasi politik dan
ekonominya, negara tersebut sedang mengalami
pembangunan dalam sektor pembinaan. Menyedari
peluang ini, MATRADE telah menganjurkan Misi
Pemasaran Khusus Pembinaan & Perkhidmatan
Berkaitan ke Yangon bertujuan untuk membolehkan
syarikat-syarikat Malaysia menjalinkan hubungan
perniagaan dengan pemilik projek besar yang
terlibat dalam pembangunan Myanmar. Misi ini
berjaya menjana RM337 juta untuk pembiayaan
kontrak, pembangunan hartanah dan perkhidmatan
perundingan seni bina.
Misi Pemasaran
Khusus Pembinaan
& Perkhidmatan
Berkaitan ke
Yangon
Satu kejayaan tercapai di Pameran Malaysia di Yangon
apabila pameran negara solo ini yang disertai oleh 68
syarikat, menjana jualan dan projek bernilai RM213.4 juta.
Pempamer di bawah seksyen produk telah membuat
rundingan jualan bernilai RM110.8 juta, manakala
rundingan bernilai RM102.5 juta telah direkodkan
oleh peserta sektor perkhidmatan untuk reka bentuk
dan pembinaan
chase vesel
, perniagaan francais,
pemeriksaan kesihatan eksekutif, perundingan untuk
perkhidmatan pengurusan alam sekitar dan perkhidmatan
logistik. Antara produk yang diperolehi adalah sistem
pembinaan bangunan, suis, produk penjagaan rambut
dan barangan biskut.
Showcase Malaysia
di Yangon
Myanmar
Tumpuan Promosi Eksport
092
LAPORAN TAHUNAN 2013
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
093
Sempena Misi Perdagangan & Pelaburan ke Myanmar yang telah
diketuai oleh YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Misi Pemasaran Minyak & Gas telah dianjurkan bersama Perbadanan
Sumber Petroleum Malaysia ke Yangon dan Nay Pyi Taw. Delegasi
yang terdiri daripada 29 wakil daripada 14 syarikat telah diaturkan
dengan sesi jaringan dan pertemuan perniagaan dengan Myanmar
Investment Commission dan Myanmar Oil & Gas Enterprise.
Misi ini telah berjaya memperolehi kontrak perniagaan bernilai
RM1.19 bilion. Antaranya adalah untuk pembinaan terminal
regasifikasi LNG untuk penjanaan semula tenaga dan elektrik
di Myanmar, reka bentuk dan kejuruteraan bagi pembinaan
perkhidmatan terminal LNG, perkhidmatan talian wayar,
perkhidmatan penyelenggaraan automasi minyak dan gas
serta saluran paip.
Misi Pemasaran
Khusus Minyak &
Gas Sempena Misi
Perdagangan &
Pelaburan ke Myanmar
Misi Pemasaran Khusus
ICT ke Myanmar
Seramai 34 anggota delegasi misi ke Yangon dan Nay Pyi Taw
merealisasikan pelbagai peluang perniagaan di pasaran yang kian
membangun ini. Sebanyak 138 pertemuan perniagaan antara ahli
delegasi dan syarikat-syarikat serta organisasi Myanmar telah berjaya
menghasilkan kontrak bernilai RM130.75 juta.
Peluang juga telah dikenal pasti semasa delegasi mengadakan
mesyuarat dengan Myanmar Payment Union, sebuah badan
penyatuan yang mentadbir Mesin Juruwang Automatik Myanmar;
Yatarnarporn Telepost, pembekal utama perkhidmatan internet
negara ini; Central Bank of Myanmar dan Kementerian Komunikasi
& Teknologi Maklumat. Projek-projek yang telah dikenalpasti
adalah dalam pembangunan sistem e-Visa untuk pelancongan,
perkhidmatan kad bank, pembangunan biometrik dalam pendidikan,
perkhidmatan latihan dalam bidang keselamatan IT, pembangunan
sistem maklumat hospital untuk hospital swasta tempatan, sistem
transaksi atas talian dan gerbang pembayaran serta perkhidmatan
data untuk sistem internet dan mudah alih.