MSE Kazan
MSE Kazan yang julung kali di adakan di Tatarstan, Rusia telah
membuka mata 30 syarikat Malaysia mengenai potensi luas
yang boleh diterokai daripada pasaran ini. Lebih RM216 juta
telah dijana melalui penyertaan syarikat-syarikat tersebut dan
antara projek-projek yang dirundingkan adalah dalam bidang
perkhidmatan seni bina, perunding francais, reka bentuk lampu
LED, logistik dan pengangkutan barangan, pengurusan acara,
pendidikan tambahan pra-sekolah, latihan pembangunan dan
perundingan kejuruteraan. Sementara itu, bagi produk pula terdiri
daripada sistem lampu hiasan, paparan digital dan penjagaan
kesihatan.
MSE Yangon
Pembangunan pesat yang sedang berlaku di Myanmar
adalah di antara sebab MSE di adakan di Yangon. Pameran
ini yang merupakan sebahagian daripada Showcase
Malaysia Yangon 2013, menyaksikan penyertaan 14
syarikat perkhidmatan Malaysia yang mewakili sektor
seperti francais, pendidikan, perundingan pembinaan
kapal, pengangkutan barangan, kejuruteraan bersepadu,
pengurusan kapal & pemilikan, perkhidmatan perubatan
dan logistik bersepadu. MSE Yangon menjana projek
bernilai RM102.6 juta, kebanyakkannya bagi perkhidmatan
pemasangan & penyelenggaraan CCTV dan satelit TV,
perkhidmatan pembaikan, rekabentuk & pembinaan
vesel chase; perundingan penjagaan alam sekitar serta
penyelesaian dan pemasangan paparan TV Digital.
Kelompok MSE disertakan dalam Showcase Malaysia Kemboja
2013. Penyedia perkhidmatan Malaysia yang menyertai
MSE Phnom Penh telah berjaya memperolehi projek bernilai
RM9.7 juta termasuk potensi perniagaan francais di Kemboja,
animasi 3D dan perkhidmatan
rendering
dan juga produk dan
perkhidmatan CCTV.
MSE Phnom Penh
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Promosi Eksport
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
069
068
Bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya telah
dipilih untuk MSE yang buat pertama kalinya di adakan
di Indonesia. Pameran ini disertai oleh 62 syarikat
pembekal perkhidmatan telah menjana projek bernilai
RM60.63 juta termasuk pembinaan, ICT, francais,
penjagaan kesihatan, pendidikan & latihan khusus,
logistik serta perkhidmatan perniagaan.
MSE Surabaya
MSE Chengdu
Pameran yang diadakan di Chengdu,
sebuah bandar utama di Wilayah
Sichuan, Republic Rakyat China
telah menghasilkan kontrak bernilai
RM218.7 juta. Disertai oleh 22 penyedia
perkhidmatan Malaysia, projek-projek
yang dirundingkan termasuk penjagaan
kesihatan, francais, pendidikan,
perkhidmatan perniagaan dan makanan
& minuman.
MSE Erbil
MSE Erbil merupakan platform bagi mempamerkan
kepakaran dan keupayaan syarikat perkhidmatan
Malaysia serta menjalin hubungan perniagaan dan
usahasama dengan syarikat-syarikat Iraq. Tiga
sektor utama yang ditonjolkan adalah pembinaan
dan perkhidmatan berkaitan, minyak & gas serta
bahan binaan. Sebanyak 17 syarikat Malaysia telah
berjaya menghasilkan projek bernilai RM240.5 juta.
Antaranya adalah perkhidmatan huluan minyak & gas,
pemasangan sistem lampu LED, sistem keselamatan
dan peralatan serta perkhidmatan pembinaan.