Misi Pemasaran ke Kampala, Uganda dan Dar es
Salaam,Tanzania berakhir dengan kejayaan yang
membanggakan. Lawatan delegasi perniagaan ke
Kampala berjaya memperolehi projek dan jualan
produk bernilai RM331.29 juta manakala lawatan ke
Dar es Salaam dilaporkan membuahkan hasil bernilai
RM351.05 juta. Antara projek utama yang diperolehi
adalah pembinaan loji tenaga boleh diperbaharui
daripada sisa tebu, reka bentuk dan pembinaan fasiliti
kultur tisu termasuk perundingan dalam pematuhan
GMP dan pembinaan kilang pemprosesan minyak
sawit. Produk utama yang dirundingkan adalah jentera
untuk memproses sisa pertanian menjadi stok
bio-mass, jentera pemprosesan pertanian dan
produk berkaitan dengan penyelesaian pertanian.
Misi Pemasaran
ke Kampala dan
Dar es Salaam
Projek dan jualan produk bernilai RM346.39 juta telah
direalisasikan oleh peserta Malaysia sempena Misi Pemasaran
Khusus Minyak & Gas ke Afrika Selatan dan Angola. Misi
ini, yang diadakan sempena Petro. T. Ex Afrika, pameran
perdagangan minyak dan gas terkemuka di Johannesburg
yang dihadiri oleh lebih 4,000 pelawat perdagangan dari
33 negara, berjaya mencapai objektifnya bagi meneroka
peluang-peluang perniagaan dalam sektor minyak dan
gas Afrika. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran
yang lebih besar terhadap keupayaan dan kepakaran
Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan minyak & gas
bertaraf dunia. Perkhidmatan dan produk yang mendapat
sambutan termasuk perkhidmatan sokongan pemangkin dan
kejuruteraan, perkhidmatan pemeriksaan teknikal luar pesisir,
minyak pelincir automotif, perkhidmatan penyelenggaraan
fasiliti bersepadu, kabin tidur dan ruang kediaman serta
latihan reka bentuk dan perisian.
Misi Pemasaran
Khusus Minyak & Gas
ke Afrika Selatan
dan Angola
Afrika
Tumpuan Promosi Eksport
088
LAPORAN TAHUNAN 2013
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
089
Misi Pemasaran ke
Maputo, Mozambique
Ekonomi yang berkembang pesat di Mozambique serta
peranannya sebagai hab ke negara-negara jirannya melalui
pelabuhan Beira dan Maputo merupakan diantara sebab pemilihan
Maputo dalam mengadakan misi ini. Seramai 18 ahli delegasi
yang menyertai 180 pertemuan perniagaan dengan pembeli serta
rakan kongsi yang berpotensi memperolehi ganjaran dengan
jualan dan projek bernilai RM72.71 juta. Antara projek utama yang
dirundingkan adalah perkhidmatan reka bentuk dan pembinaan
sebuah hotel, pejabat dan premis kediaman; perniagaan francais
untuk rantaian kedai runcit dan dobi serta perkhidmatan logistik
bagi kargo cecair dan pukal. Produk popular yang menarik minat
pembeli adalah perabot pejabat dan rumah, produk penjagaan
rambut,
fast moving consumer goods
dan produk isi rumah.
Memorandum persefahaman telah ditandatangani di antara
institusi pendidikan Malaysia dan Universidade Lurio Mozambique
untuk mengendalikan program pertukaran pelajar yang melibatkan
kursus-kursus teknikal khas bagi jangkamasa pendek, latihan
tenaga pengajar, guru-guru dan penyelidik serta pengurusan
bersama seminar dan persidangan.
Dengan penduduk seramai 170 juta, dan kekurangan
pembangunan oleh industri perkilangan, Nigeria
menawarkan destinasi ideal untuk eksport Malaysia.
Selain itu, sebagai ahli Komuniti Ekonomi Negara-
negara Afrika Barat atau ECOWAS, kumpulan 15
negara yang menggalakkan integrasi ekonomi, termasuk
perdagangan, Nigeria boleh juga bertindak sebagai batu
loncatan bagi pengeksport Malaysia untuk mendapat
akses ke negara-negara anggota yang lain.
Anggota delegasi misi yang julung kali diadakan ke
Nigeria dibawah kelolaan MATRADE berpuas hati
dengan lawatan perniagaan ini dengan mengaut jualan
bernilai lebih dari RM151 juta. Kontrak perkhidmatan
yang dirundingkan termasuk reka bentuk dan
pembinaan sebuah kilang minyak sawit moden,
perkhidmatan pemeriksaan kejuruteraan minyak & gas
serta saluran paip air dan pengangkutan produk cecair
dan pukal. Antara produk yang mendapat perhatian
adalah lilin kegunaan rumah, sabun, baja dan lampin
pakai buang bayi.
Misi Pemasaran
ke Lagos, Nigeria