Gempa bumi dahsyat yang melanda pada bulan
Februari 2011 telah mengakibatkan kerosakan
yang teruk di Christchurch dan telah memaksa
pembinaan semula bandar kedua terbesar di
New Zealand ini. MSE telah dirancang sempena
Misi Pemasaran Khusus untuk Bahan Binaan
bagi merebut peluang yang dapat diperolehi
dalam proses pembinaan semula ini dengan
menawarkan kepakaran pembinaan dan teknologi
terkini oleh syarikat-syarikat perkhidmatan
Malaysia. Syarikat-syarikat ini telah memperolehi
projek bernilai RM4.48 juta bagi perkhidmatan
pendidikan, pemasangan sistem pengawasan,
sistem keselamatan bangunan, pemasangan LED
dan tenaga alat penjimatan dan khidmat runding,
perkhidmatan logistik dan penjenamaan korporat.
MSE Christchurch
MSE Sao Paulo
dan Santiago
Kehadiran MSE buat julung kalinya di Sao Paulo
dan Santiago bertujuan meraih potensi besar sektor
perkhidmatan di Amerika Latin. MSE telah diadakan
serentak dengan Misi Pemasaran di bandar-bandar
ini. Di Sao Paulo, syarikat-syarikat perkhidmatan
Malaysia telah membincangkan dan berunding
mengenai projek-projek bernilai RM274.37 juta.
Antara projek utama adalah komunikasi bagi
agensi kerajaan, teknologi penyulitan bagi bank,
sistem kawalan elektrik & sistem kawalan suis
landasan monorel, perkhidmatan gas marin &
minyak, jambatan keluli mudah alih dan acuan untuk
perumahan kos rendah. Di Santiago, MSE menjana
projek bernilai RM121 juta, kebanyakannya untuk
rangkaian maya, perkhidmatan pengiklanan dan
buku hadiah korporat.
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Promosi Eksport
071
070
Perkhidmatan
Penjagaan Kesihatan
MEDICA Dusseldorf 2013 di Jerman,
pameran perdagangan terbesar di dunia
dalam industri penjagaan kesihatan telah
menarik lebih daripada 135,000 pelawat
dari 100 negara. Jualan sebanyak RM77.36
juta telah dijana oleh 13 syarikat Malaysia
yang mengambil bahagian dalam pameran
perdagangan ini. Diantara produk yang
menarik minat di Pavilion Malaysia adalah
sarung tangan perubatan getah, peralatan
pembedahan dan kondom.
11 peserta pameran Malaysia di Arab Health 2013,
Dubai, sebuah pameran penjagaan kesihatan dan
kongres perubatan tahunan terbesar di Timur Tengah,
mempunyai jadual yang ketat dengan 224 pertemuan
perniagaan. Hasil dari perbincangan adalah produktif
dengan jualan bernilai RM45.93 juta bagi produk seperti
sarung tangan pembedahan dan pemeriksaan getah,
picagari perubatan, produk farmaseutikal, perabot
perubatan, produk kesihatan dan penjagaan diri serta
produk herba. Pameran ini telah menarik lebih daripada
25,000 pelawat dan 2,300 peserta pameran dari 65
negara.
Arab Health, Dubai
MEDICA, Dusseldorf
Sebagai pameran hospital dan perubatan yang
paling komprehensif di Jepun, International
Modern Hospital Show 2013 telah menjana jualan
sebanyak RM11.12 juta. Produk yang mendapat
perhatian daripada pembeli-pembeli Jepun
termasuk katil hospital, peralatan perubatan tahan
lama dan bahan perubatan pakai buang.
International
Modern Hospital
Show, Tokyo
1...,52-53,54-55,56-57,58-59,60-61,62-63,64-65,66-67,68-69,70-71 74-75,76-77,78-79,80-81,82-83,84-85,86-87,88-89,90-91,92-93,...260