Offshore Technology
Conference, Houston 2013
Sejumlah RM5.54 bilion telah dihasilkan oleh syarikat-syarikat
Malaysia semasa Offshore Technology Conference (OTC) 2013
di Houston, Texas. Kerjasama yang julung kali diadakan di antara
MATRADE dan Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC)
dalam menganjurkan Pavilion Malaysia di OTC menyaksikan
penyertaan 22 syarikat serta 8 agensi dan persatuan berkaitan
dengan industri minyak dan gas Malaysia. Peserta pameran
Malaysia terdiri daripada PKS dan juga pemain-pemain
utama seperti PETRONAS, UMW Oil & Gas Corporation dan
SapuraKencana Petroleum Bhd.
Antara perkhidmatan yang mendapat perhatian pembeli asing
adalah pemasangan luar pesisir, saluran paip dan pemeriksaan
kilang, perisian risiko dan operasi, operasi penggerudian luar pesisir
dan logistik minyak & gas luar pesisir, manakala jualan produk telah
dihasilkan bagi pintu rintangan api dan sistem perlindungan katod.
Delegasi Malaysia juga mengunakan peluang kehadiran mereka
semasa persidangan dan pameran tersebut untuk mempromosikan
OTC Asia 2014 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Perkhidmatan
Minyak & Gas
Misi Pemasaran Khusus Minyak & Gas ke Ulaanbaatar
menyaksikan penyertaan kali pertama syarikat-syarikat
Malaysia yang diketuai oleh MATRADE ke Mongolia.
Ia merupakan platform untuk ahli-ahli delegasi bertemu
dengan pembeli berpotensi, membuka pintu bagi mereka
untuk menjalin hubungan perniagaan dengan agensi
petroleum negara tersebut,
Petroleum Authority of Mongolia
dan sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka,
Wolf
Petroleum
. Lebih 100 pertemuan perniagaan dengan
rakan kongsi yang berpotensi telah diaturkan untuk
syarikat-syarikat Malaysia dan telah menghasilkan projek
serta jualan produk bernilai RM677.94 juta. Projek
yang dirunding termasuk perkhidmatan penggerudian,
pemanasan, perkhidmatan pengudaraan dan penghawa
dingin, perkhidmatan latihan teknikal dan kejuruteraan,
perkhidmatan reka bentuk kejuruteraan serta sub-kontrak
untuk perkhidmatan perancah dan penebat. Antara produk
yang diperolehi dari syarikat-syarikat Malaysia adalah injap,
paip dan kelengkapan serta pelincir.
Misi Pemasaran Khusus
Minyak & Gas ke Ulaanbaatar
Tumpuan Promosi Eksport
074
LAPORAN TAHUNAN 2013
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
075
Schlumberger adalah penyedia perkhidmatan
medan minyak kepada industri minyak dan gas
dunia. Pada tahun 2013, MATRADE menyelaraskan
Global Sourcing Programme
dengan badan
multinasional ini yang dihadiri oleh 148 wakil dari 88
syarikat Malaysia.
Pihak Schlumberger telah memberi taklimat
dengan memberi penekanan kepada lima bidang
sumber yang di tumpukan di Asia Pasifik yang
bermanfaat untuk peserta-peserta dari Malaysia.
Sesi pemadanan perniagaan individu yang telah
diadakan di antara syarikat-syarikat Malaysia
dan wakil Schlumberger berakhir dengan jualan
bernilai RM7.2 juta. Antara perkhidmatan serta
produk utama yang diperolehi adalah paip,
pemasangan injap, tank, pelindung talian kawalan
dan perkhidmatan kriogenik yang berkaitan serta
kejuruteraan.
Global Sourcing
Programme -
Schlumberger
Satu acara terkemuka industri minyak dan gas di Amerika
Utara dan terbesar di Kanada yang diadakan dua tahun
sekali adalah Gas & Oil Expo 2013 yang telah menarik
lebih 500 peserta pameran dan 20,000 pengunjung. Bagi
para peserta tempatan, ini adalah pertama kalinya mereka
menyertai pameran di bawah Pavilion Malaysia. Penyertaan
mereka telah menghasilkan jualan produk bernilai RM46
juta, yang diperolehi melalui pertemuan perniagaan dengan
pembeli asing. Antara produk yang diperolehi dari syarikat-
syarikat Malaysia adalah bahan perantaraan untuk kimia
medan minyak, pam, injap untuk penggerudian, paip dan
lapisan paip serta pam kimia medan minyak, manakala
perkhidmatan yang dirundingkan adalah kejuruteraan
mekanikal yang dipertingkatkan. Para peserta pameran
Malaysia juga terlibat dengan Dialog B2B bersama
Export
Development Canada
,
Talisman Energy Inc
, sebuah syarikat
minyak & gas huluan global dan
Progress Energy Canada
Ltd
, anak syarikat Petronas.
Gas & Oil Expo North
America, Calgary