Penyertaan julung kalinya oleh enam syarikat
Malaysia dibawah anjuran MATRADE di Water
Philippines 2013, sebuah pameran mengenai
air dan rawatan sisa air merupakan satu
kejayaan. Kehadiran mereka menjana jualan
sebanyak RM87 juta dan antara jualan utama
adalah unit rekaan rawatan kumbahan padat
untuk pusat membeli belah dan perundingan
kedai-kedai makanan segera serta teknologi
bagi loji rawatan kumbahan; meter air untuk
pembangunan perumahan dan meter air untuk
perniagaan penapisan air.
Water Philippines,
Manila
Perkhidmatan
Pengurusan Air
Transport Logistics, Munich, yang diadakan setiap
dua tahun, adalah pameran perdagangan terbesar
di dunia bagi logistik, mobiliti, IT dan pengurusan
rantaian bekalan. Pada tahun 2013, pameran ini telah
menarik lebih 2000 peserta dari 61 negara dan lebih
daripada 52,000 pelawat antarabangsa. 74 syarikat
Malaysia yang menyertai pameran ini di bawah
Pavilion Malaysia mempunyai jadual pertemuan
perniagaan yang ketat dengan sejumlah 117
pertemuan perniagaan diadakan yang menghasilkan
jualan bernilai RM129 juta. Antara perkhidmatan
yang diperolehi adalah perkhidmatan mengangkat
barangan berat, logistik dan penyelesaian rantaian
bekalan.
Transport Logistics, Munich
Perkhidmatan
Pengangkutan
& Logistik
Tumpuan Promosi Eksport
076
LAPORAN TAHUNAN 2013
077
Perkhidmatan
Aeroangkasa & MRO
Misi ini yang diketuai oleh Dato Mah Siew Keong
telah berjaya mewujudkan kesedaran tentang
keupayaan Malaysia dalam industri aeroangkasa
dan MRO serta membolehkan peserta Malaysia
mendapat akses hubungan dengan peserta
industri antarabangsa. Seminar anjuran bersama
dengan GIFAS, persatuan industri aeroangkasa
Perancis sempena Paris International Airshow
ke-50 telah dihadiri oleh 98 orang peserta
antarabangsa manakala sebanyak 129 sesi
pertemuan perniagaan berjaya menghasilkan
projek bernilai RM215 juta untuk syarikat-syarikat
Malaysia. Para peserta misi juga membuat
lawatan ke
Airbus A380 Final Assembly Line di
Toulouse
.
Misi Pemasaran Khusus
Industri Aeroangkasa
ke Paris dan Toulouse