Malaysia Eye, London
Malaysia Eye – Pameran Seni di London
telah diadakan sempena Program
Malaysia Kitchen, dengan mempamerkan
55 karya seni daripada 38 pelukis
Malaysia yang terdiri dari seni moden dan
kontemporari serta arca.
Arts Kuala Lumpur - Melbourne
Pameran
Arts Kuala Lumpur
Melbourne
yang diadakan
di Galeri MiFA di Melbourne bersempena Festival Seni dan
Makanan Malaysia, merupakan kerjasama dengan Program
Malaysia Kitchen. Pameran ini menonjolkan 47 karya seni
daripada 37 pelukis dan terdiri daripada karya seni moden
oleh pelukis perintis serta karya seni kontemporari oleh pelukis
terkenal dan yang baru mencipta nama.
Arts Kuala Lumpur - Miami
Pameran Arts Kuala Lumpur – Miami
telah diadakan bersempena Arts Basel
Miami dan mempromosikan seni moden
dan kontemporari, termasuk seni dan
ukiran asli. Pameran ini memaparkan 74
karya seni dari 27 pelukis terkenal dan
yang baru mencipta nama.
Pada tahun 2013, MATRADE memulakan program
berfokuskan penggalakkan eksport kreatif Malaysia
ke arena global yang meliputi pelbagai industri kreatif
seperti seni kontemporari dan moden, reka bentuk
senibina perindustrian dan reka bentuk fesyen.
Mengantarabangsakan Eksport Kreatif Malaysia
Tiga pameran seni telah dianjurkan iaitu di London,
Melbourne dan Miami, dengan mempamerkan 176
karya seni dari kira-kira 90 pelukis Malaysia yang
terkenal serta yang baru mencipta nama. Sejumlah 49
lukisan telah dijual kepada pengumpul seni.
Perkhidmatan
Kreatif
Tumpuan Promosi Eksport
072
LAPORAN TAHUNAN 2013
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
073
Misi Pemasaran Khusus
Perkhidmatan Kandungan
Kreatif Multimedia
ke Jakarta
Misi ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan
kreatif multimedia & kandungan Malaysia (CMC) serta
perkhidmatan berkaitan dan bagi menjalin usahasama
di antara syarikat Indonesia dan Malaysia adalah yang
pertama kali diadakan di Indonesia. Seramai 28 ahli
delegasi, diwakili oleh pelbagai sektor dalam bidang ini
telah menjana jualan sebanyak RM41.35 juta melalui
137 pertemuan perniagaan yang telah diaturkan.
Di antara produk dan perkhidmatan yang mendapat
sambutan adalah penjualan beberapa siri animasi,
projek kerjasama animasi dan filem, pengurusan
kandungan untuk e-perpustakaan, penjualan 13
episod drama TV untuk siaran di Indonesia dan
pengendalian bengkel animasi.
1...,54-55,56-57,58-59,60-61,62-63,64-65,66-67,68-69,70-71,72-73 76-77,78-79,80-81,82-83,84-85,86-87,88-89,90-91,92-93,94-95,...260