SEMICON West,
San Francisco
Peserta pameran Malaysia di Semicon West 2013, pameran
tahunan bagi industri mikroelektronik global yang diadakan di
San Francisco, menjana jualan dan projek perniagaan sebanyak
RM75.71 juta. Antara perkhidmatan dan produk yang diperolehi
oleh pembeli asing adalah reka bentuk dan pengeluaran penguji
untuk peralatan ujian automatik, reka bentuk peralatan pita &
gulung dan pembangunan bagi perkhidmatan pengilangan sub
kontrak.
CeBIT, Hannover
ICT telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada dua belas Aktiviti
Ekonomi Utama Nasional (
NKEA
) bagi menggerakkan Malaysia ke arah
ekonomi berpendapatan tinggi. Kematangan dan pembangunan agresif
industri ini telah menghasilkan pemain-pemain industri yang bersedia dalam
pasaran eksport serta mempunyai keupayaan dan kapasiti untuk memenuhi
keperluan pasaran global.
Pada tahun 2013, MATRADE terus menganjurkan penyertaan syarikat-
syarikat Malaysia di CeBIT, Hannover, pameran perdagangan terbesar di
dunia bagi IT digital dan penyelesaian komunikasi. Peserta pameran Malaysia
menjana projek dan jualan dengan nilai RM66.04 juta dengan jualan utama
adalah tablet PC, aksesori IT,
network speed test solutions
, penyelesaian
pengiklanan, peranti tangan & unit pendaftaran bergerak (MEU), sistem
pengurusan risiko dan
Encryption Solutions
.
CAEXPO atau China-ASEAN Expo di Nanning, Republik Rakyat
China telah menjadi platform rasmi serta tempat pertemuan
diantara pengeksport dari ASEAN dan komuniti perniagaan
dari China untuk terus meningkatkan perdagangan produk dan
perkhidmatan demi merealisasikan Perjanjian Perdagangan
Bebas China-ASEAN. Semasa CAEXPO 2013, seramai 138
pempamer Malaysia telah berjaya dalam penyertaan mereka,
dengan jualan sebanyak RM158.24 juta. Jualan utama adalah
bagi minyak kelapa dara, sarang burung diproses sedia untuk
dimakan, barang kemas keluli,
white coffee
serta francais
makanan & minuman.
Sebanyak 132 pertemuan perniagaan telah diatur antara
pempamer Malaysia dengan pembeli dari Republik Rakyat
China serta pembeli asing yang lain.
CAEXPO, Nanning
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Promosi Eksport
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
083
082
Gulf Information Technology Exhibition
, atau
lebih terkenal sebagai GITEX, sebuah pameran
perdagangan tahunan komputer pengguna
dan elektronik yang menggabungkan pameran
dan persidangan, merupakan pintu masuk
bagi teknologi global ke pasaran Timur Tengah.
Menyedari bahawa Timur Tengah adalah pasaran
ICT yang sedang berkembang pesat, 12 syarikat
Malaysia telah menyertai GITEX 2013 dan berjaya
menjana jualan dan projek perkhidmatan bernilai
RM106 juta. Jualan utama adalah penyelesaian
pengurusan armada; perkhidmatan pusat data
telefon bimbit, kandungan e-pembelajaran dan
penyelesaian tanpa wayar.
GITEX 2013, Dubai
BIG 5, Dubai 2013
Sebagai pameran bahan binaan dan pembinaan yang
terbesar di rantau Teluk, BIG 5 pada tahun 2013 telah
menarik lebih 2,300 pempamer dan lebih 35,000
pelawat perdagangan. MATRADE menganjurkan
penyertaan syarikat Malaysia di pameran tahunan ini
untuk kali ke-12 sejak tahun 2001 dengan penyertaan
29 syarikat yang mempromosikan produk seperti jubin
bumbung, sistem pengawasan digital (CCTV) sistem
air panas solar, pemasangan paip, aksesori bilik mandi
serta jentera pembinaan.
Para pempamer di Pavilion Malaysia telah menyertai
sejumlah 171 pertemuan perniagaan dengan pembeli
berpotensi dan hasil rundingan ini menjana jualan
bernilai RM132.9 juta.