Malaysia Night 2013 telah diserikan dengan
kehadiran Baroness Victoria Borwick, Timbalan
Datuk Bandar London dan berjaya menarik
kehadiran lebih 35,000 pengunjung. Jumlah jualan
yang dicapai di kalangan restoran yang mengambil
bahagian, termasuk dua pasaran produk dan penjual
kraf Malaysia adalah RM405,288. Acara ini juga
mendapat liputan media yang luas.
Malaysia Night 2013 di
Trafalgar Square
Malaysia Kitchen Programme adalah projek yang
dilaksanakan oleh MATRADE sejak 2009. Antara
objektif utamanya adalah untuk mempertingkatkan
kunjungan pelanggan ke restoran Malaysia yang
berada di luar negara, meningkatkan eksport
makanan diproses, bahan makanan dan produk
pertanian serta menarik pelancong ke Malaysia.
Dalam tahun 2013, sebanyak 32 program di bawah
MKP telah diadakan. Di antara program utama
yang di adakan adalah Malaysia Night 2013 di
Malaysia Kitchen
Programme (MKP)
Trafalgar Square, London dan program hospitaliti
bagi pembeli runcit dari United Kingdom ke Kuala
Lumpur bertujuan menggalakkan lebih banyak
eksport makanan diproses. Kempen MKP juga
memperkembangkan medium mempromosikan
produk makanan Malaysia melalui kedai-kedai
dalam talian termasuk Amazon.com, Chuanglee
dan saluran pemasaran Wing Yip. Lebih 1,170 jenis
produk kini boleh didapati di pasaran UK.
Tumpuan Promosi Eksport
084
LAPORAN TAHUNAN 2013
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
085
Lawatan oleh pembeli dan pengimport UK ke Malaysia
di bawah MKP menjana jualan potensi sebanyak
RM13.57 juta bagi produk seperti mi, paratha, sos,
biskut, wafer, gula-gula dan produk soya.
Di Amerika Syarikat, 52 kedai Duan Reade
terutamanya di bandaraya New York, Manhattan,
Brooklyn dan New Jersey mempamerkan produk
makanan Malaysia di kedai-kedai mereka selama
26 hari. Tiga rangkaian produk telah berjaya
Di Republik Rakyat China, MKP bekerjasama dengan
7-Eleven dalam menganjurkan promosi Minggu
Malaysia di 200 rangkaian kedainya di Beijing dan
Tianjin. Promosi selama 14 hari ini menarik lebih
240,000 pelanggan. Sebanyak 32 rangkaian produk
telah dipromosikan dan antara produk paling laris
adalah ais krim durian, minuman dalam tin, puding jeli
dan
white coffee
. Di Shanghai, MKP menganjurkan
program bersama Parkson Grand dimana sejumlah
40 jenama Malaysia dengan lebih 297 rangkaian
produk telah dipromosikan.
menembusi pasaran arus perdana Amerika Syarikat.
Aktiviti promosi juga dilaksanakan melalui Duta
Makanan Malaysia, Cik Christina Arokiasamy dengan
demonstrasi masakannya yang menggunakan produk
makanan Malaysia, di New York, Washington, Florida,
Pennsylvania, California, Georgia, Oregon, Nevada
dan Illinois.
1...,66-67,68-69,70-71,72-73,74-75,76-77,78-79,80-81,82-83,84-85 88-89,90-91,92-93,94-95,96-97,98-99,100-101,102-103,104-105,106-107,...260