FOODEX, Chiba
FOODEX yang diadakan di Chiba, Jepun merupakan pameran
perdagangan utama di Asia dalam industri makanan dan
minuman. Tahun 2013 merupakan tahun ke-11 penyertaan
Malaysia di pameran FOODEX. Para peserta pameran Malaysia
yang menyertai acara ini telah menghasilkan RM29.69 juta,
melalui 234 pertemuan perniagaan. Produk utama yang di
perolehi dari syarikat-syarikat Malaysia semasa pameran
berkaitan adalah konfeksi, minuman, makanan sejuk beku serta
rempah & perasa.
Fine Food Australia,
Sydney
Seramai 18 peserta pameran Malaysia di Fine Food
Australia, iaitu pameran makanan dan hospitaliti
yang terbesar dan paling penting di Australasia telah
menarik lebih 24,000 pembeli profesional telah menjana
menjana jualan berjumlah RM101.78 juta. Antara
barangan makanan popular yang dijual oleh syarikat
Malaysia adalah konfeksi, makanan sejuk beku, rempah
dan perasa, makanan laut dan produk roti serta
pembungkusan plastik dan bekas.
Gulf Food Dubai, pameran makanan dan hospitaliti terkemuka
di Asia Barat tidak pernah gagal untuk menghasilkan jualan
bagi peserta pameran Malaysia setiap tahun. Dihadiri oleh lebih
daripada 55,000 pembeli industri, chef, pengimport, pengeksport
dan golongan profesional industri makanan dari seluruh dunia,
pameran ini merupakan platform terbaik bagi pengeksport
makanan Malaysia untuk mempromosikan produk mereka. Pada
tahun 2013, sebanyak 49 syarikat di bawah Pavilion Malaysia
telah mengadakan perundingan dengan pembeli asing serta
menjana jualan bernilai RM154.99 juta.
Gulf Food, Dubai
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Promosi Eksport
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
081
080
China Import &
Export Expo,
Guangzhou
China Import & Export Expo atau Guangzhou Fair, yang
diadakan dua kali setahun di Guangzhou setiap musim
bunga dan musim luruh adalah pameran perdagangan
terbesar di dunia dari segi skala. Ia menjadi tuan rumah
kepada lebih 24,000 peserta pameran dan menarik
lebih daripada 1.8 juta pembeli asing. Penyertaan 30
syarikat Malaysia di bawah pavilion negara berjaya
meraih jualan bernilai RM132.15 juta.
SIAL China,
Shanghai
Dengan lebih 1.34 bilion penduduk, Republik Rakyat
China merupakan pengguna makanan dan minuman
kedua terbesar di dunia. SIAL China, pameran
tahunan makanan dan minuman terkemuka di Asia
yang disertai oleh lebih 2,000 peserta adalah tempat
yang sesuai bagi pengeksport makanan Malaysia
mempromosikan produk mereka ke pasaran yang
luas ini. Peserta Malaysia yang terdiri daripada 17
syarikat telah menyertai 127 pertemuan perniagaan
dan menjana jualan bernilai RM16.53 juta.
Diadakan setiap dua tahun sekali, HOFEX merupakan
pameran perdagangan makanan dan hospitaliti
terbesar di rantau Asia Pasifik. Pada tahun 2013
pameran ini merupakan pameran terbesar telah
dianjurkan dengan penyertaan lebih 1,900 peserta
termasuk 40 pavilion negara dan juga kehadiran
lebih 37,800 pembeli profesional. Pempamer di
Pavilion Malaysia yang terlibat dalam 112 pertemuan
perniagaan dengan pembeli asing menjana jualan
bernilai RM60.83 juta.
HOFEX, Hong Kong